Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 2 Anggota...

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu dua anggota 'Geng Kapak' yang aktif menyamun...

Penyelia Kargo Kastam KLIA...

IPOH - Seorang penyelia kargo Kastam Lapangan terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini...

Salute! Bos Syarikat ‘Engineering’...

ORANGNYA berkulit cerah, kecil molek dan bila bercakap loghat utara yang pekat tak...

Siti Nurhaliza Kenang Memori...

BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza...

Sebab Mulut.. Penjaga Gol JDTII Mungkin Dipecat

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd. Anis Faron Ahmad Arsidi berhadapan risiko disingkirkan daripada pasukan jika didapati salah melemparkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan sewaktu aksi menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya kelmarin.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, perbuatan seperti itu merupakan satu pelanggaran disiplin dalam Harimau Selatan dan boleh memalukan naman baik pasukan.

“Beliau yang ditahan oleh pihak berkuasa setelah melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai bertugas dan jika didapati bersalah beliau akan ditamatkan kontraknya bersama JDTII,” kata kenyataan itu hari ini.

Tegas PBNJ, penamatan kontrak pemain itu selaras dengan polisi PBNJ yang tidak bertoleransi dengan perbuatan berkaitan disiplin.

“Kami masih menunggu laporan penuh dari pihak polis sebelum PBNJ mengambil tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.


PBNJ sebelum ini memecat seorang pemain JDT kerana didapati mencuri wang rakan sepasukan pada 1 April tahun lalu.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/VOHiWTS-kH0

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori