Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Suntikan RM370 Juta Rangsang...

LANGKAWI - Suntikan RM370 juta di bawah Bajet 2017 yang diumumkan Perdana Menteri...

SIC Wujud Akademi Teknikal...

KUALA LUMPUR - Sepang International Circuit (SIC) akan menubuhkan Akademi Teknikal Sukan Permotoran  bagi memupuk tahap profesionalisme dan kompetensi kru...

Majlis Ekonomi Digital Bantu...

KUALA LUMPUR - Majlis Ekonomi Digital di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) dibentuk untuk...

GAMBAR: Kreatif.. 15 Lukisan...

KREATIF! Kalau sudah tangan berseni, buatlah apa pun pasti kelihatan menakjubkan serta menarik.15...

Penonton Lelaki, Wanita Tidak Dibenar Bercampur Dalam Konsert

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan edisi kedua kepada semua penganjur acara hiburan tanah air yang mana penonton lelaki dan perempuan yang menyaksikan sesuatu acara hiburan atau konsert di tempat yang sama kini mesti dipisahkan.

Garis panduan yang diterbitkan dalam portal rasmi JAKIM itu bagaimanapun tidak pula menyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil sekiranya penganjur gagal mengikuti peraturan yang telah ditetapkan itu.

Perkara ini telah diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 dan 11 Februari lalu.

Antara peraturan-peratuan baharu lain yang disertakan oleh pihak JAKIM adalah sesebuah acara hiburan yang bakal dianjurkan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran Islam secara langsung atau tidak langsung.


Selain itu perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yang boleh mendorong kepada keadaan-keadaan tersebut, keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadap ketenteraman awam, acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan dan pembaziran dalam penganjuran program.

Sementara untuk golongan artis pula, garis panduan itu menetapkan mereka mesti memiliki keperibadian yang mulia dan akhlak yang baik sama ada di luar atau ketika menjayakan persembahan, selain tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada mengikut undang-undang syariah atau sivil. – MYNEWSHUB.CC

Video: Peminat K-Pop Dipeluk Artis Korea

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori