Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Samun Kedai Dobi: Pembantu...

SUNGAI PETANI - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12...

Kerja Pembersihan Di Lokasi...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja membawa keluar bangkai helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor...

Bomba Antara Wira Tangani...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi tanggungjawab mengetuai...

P.Pinang Sekali Lagi Dilanda...

BALIK PULAU - Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah...

Percaturan Menakutkan Oleh 17 Disyaki Pengganas

KUALA LUMPUR – Culik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuhkan rejim IS di Malaysia – itu antara percaturan dibuat oleh kumpulan 17 disyaki pengganas yang dikaitkan dengan IS, sebelum ditahan polis Ahad lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sasaran serangan ialah di lokasi-lokasi strategik di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, 17 suspek itu ditahan dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah ketika mereka sedang melakukan pertemuan sulit bagi merancang untuk melancarkan serangan di sekitar Lembah Klang.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 49 tahun, antaranya merupakan bekas anggota kanan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang pernah ditangkap, guru agama, pengawal keselamatan dan anggota tentera,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Khalid berkata anggota kanan kumpulan pengganas itu yang berusia 49 tahun merupakan bekas anggota KMM dan pernah ditangkap pada Jun 2001 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori