Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pembedahan Payudara ‘Tak Jadi’,...

KETIKA May Jeeranan menjalani pembedahan implan payudara pada Disember lalu, dia tidak pernah...

200,000 Dijangka Maut Akibat...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak koronavirus...

Edar Dadah: 2 Beradik...

GEORGE TOWN - Dua beradik terselamat daripada hukuman gantung mandatori selepas Mahkamah Tinggi...

Lebih 200 Kucing Terbiar...

JOHOR BAHRU - Penjara Ayer Molek berusia 133 tahun di ibu negeri Johor...

Perkhidmatan Pakar 3 Hospital Di Selangor Akan Digabung

BANTING – Kementerian Kesihatan bercadang untuk menggabungkan perkhidmatan pakar tiga hospital di Selangor bagi memberi
perkhidmatan yang optimum kepada orang ramai, kata Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata sebagai permulaan, kementerian bercadang untuk mengintegrasikan perkhidmatan pakar di Hospital Klang, Banting dan Shah Alam bagi berkongsi sumber pelbagai bidang kepakaran seperti penyakit berkaitan buah pinggang.

“Ini sebahagian daripada pelan transformasi untuk mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan kesihatan. Melalui penggabungan perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital ini, pakar-pakar boleh melengkapi satu sama lain dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

“Sebagai contoh, jika terdapat kepakaran untuk warga emas di Hospital Banting dan ada kepakaran mengenai penyakit buah pinggang di Hospital Klang, kedua-dua hospital boleh berkongsi sumber,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Banting di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata dengan menggabungkan perkhidmatan kesihatan di ketiga-tiga hospital ini, ia membolehkan pegawai melabur lebih pada teknologi dan kakitangan berkelayakan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat dengan mengambil kira kepadatan penduduk yang tinggi di Selangor.


Beliau bagaimanapun berkata kepakaran asas seperti perubatan dan pembedahan hendaklah disediakan di hospital-hospital itu.

Sementara itu, Subramaniam berkata beliau akan membangkitkan kepada Kabinet mengenai isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap insurans kesihatan bagi faedah orang ramai kerana polisi insurans mengurangkan bebanan hospital kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Mengulas lawatan beliau di Hospital Banting, Subramaniam berkata kerajaan merancang untuk menaik taraf kemudahan asas di hospital termasuk membina blok tambahan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11.

Beliau juga berkata Klinik Kesihatan di Telok Datok di Banting akan dinaik taraf untuk melengkapkan perkhidmatan yang disediakan di Hospital Banting bagi kes-kes kecemasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori