Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lim Minta Najib Kemuka...

GEORGE TOWN - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk...

Ingkar PKP, Kompaun RM1,000...

PUTRAJAYA - Jumlah kompaun bagi pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal...

Wanita Dibunuh Kejam Kenalan...

PERKENALAN melalui aplikasi pencarian jodoh membawa 'malang' kepada seorang wanita apabila ditemui mati...

El Nino: Ikan Air...

TUMPAT - Berikutan paras sungai yang rendah ekoran cuaca panas dan kering sekarang,...

Perompak Bodoh Kena Penjara

Chongqing (China) – Seorang lelaki dipenjarakan selepas merompak sebuah rumah dan kemudian menjual hasil rompakan berhampiran rumah mangsa keesokannya.

Dengan menawarkan 20 yuan (RM11) untuk setiap baju baru yang berharga kira-kira RM60 sepasang, perompak berkenaan menarik ramai pembeli pagi Selasa lalu di gerai sementara yang didirikannya.

Antara mereka yang berkerumun di kedainya itu adalah pemilik asal baju berkenaan, yang dikenali sebagai Li, tuan punya sebuah butik tempatan.

Li kebetulan singgah di gerai itu ketika dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kecurian puluhan baju baru yang dicuri dari rumahnya.

Sebaik menyedari pakaian yang dijual itu miliknya, Li menelefon polis.


Lelaki itu mengaku merompak rumah Li ketika disoal siasat polis dan dihadapkan ke mahkamah.

Dia bagaimanapun bukan perompak bodoh pertama di China.

Baru-baru ini, seorang lelaki ditangkap selepas menjirus tandas di rumah yang dirompaknya, menyebabkan tuan rumah itu terjaga dari tidur. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=g_mP2un6HNU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori