Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Henti Kongsi Video Pembunuhan...

PEMUDA UMNO menyarankan rakyat di negara ini tidak berkongsi video secara langsung dibuat...

Swafoto Dengan Suami, Tiba-Tiba...

SEORANG ibu mendapat kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Ketika suaminya membawa dia keluar makan...

UMNO Dah Lama Tahu...

KUALA LUMPUR - "Saya mengucapkan tahniah kepada PAS yang akhirnya sedar akan dasar...

Berhati-Hati Semasa Berurusan Dengan...

KUANTAN - Pegawai dan petugas Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN) dinasihatkan supaya...

Perwakilian Pemuda Jitu Berdiri Sokong Kepimpinan Najib – KJ

Hadir sendiri membuat penjelasan dalam kemelut yang melanda pentadbiran beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyata mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari anggota perwakilan Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan yang menjangkau lebih satu jam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Najib membuat penerangan mengenai beberapa isu berbangkit, antaranya situasi yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ekonomi semasa negara.

Ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, “Kita terus komited dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden dan kepimpinan parti dalam usaha kepimpinan memperkuatkan semua lapisan dalam parti secepat mungkin.

“Kita akan terus berdiri teguh di belakang pimpinan UMNO.”

20150413_170649

Bercakap kepada pemberita selepas selesai pertemuan tersebut, Khairy berkata, sebahagian isu yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut merupakan isu yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

[TERDAHULU: Jawapan-Jawapan Najib Kepada Soalan Tun Mahathir]

Ujarnya lagi kepada pemberita, “Banyak isu yang diperjelaskan Presiden, antaranya 1MDB, isu Altantuya, pembelian jet kerajaan, jambatan bengkok, kedudukan politik dan ekonomi semasa dan GST.”

20150413_183319

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan situasi tegang yang sedang melanda kerajaan kini, namun, optimis ia mampu diselesaikan.

“Kita tidak boleh berada dalam sindrom penafian (denial syndrome). Kita harus akui bahawa cabaran yang dihadapi parti hari ini sangat besar.

“Tetapi, penjelasan daripada Presiden amat penting bagi memberikan keyakinan kepada Pemuda UMNO supaya kita terus berjuang dan terus memberikan sokongan padu.”

Antara lain, cabang yang diketuai beliau berharap agar presiden terus mendekati rakyat dan membuat penjelasan terhadap isu-isu berbangkit dari semasa ke semasa.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Rakaman Penuh Sesi Soal Jawab Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak

 

 

 

 

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori