Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kaji Mantera Pengasih Pugai...

KOTA KINABALU - Mantera dalam ilmu pengasih pugai perlu dikupas secara akademik dan...

Larangan Mahkamah Lupus Aset...

Susulan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala...

Isu Tanah PERDA: Exco...

GEORGETOWN - Exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya...

1,500 Penduduk Keningau Gotong-Royong...

KENINGAU - Seramai 1,500 penduduk Keningau daripada pelbagai lapisan hari ini mengambil bahagian...

Pesawat Berpatah Balik Selepas Pekerja Terperangkap

SEATTLE – Satu penerbangan Alaska Airlines ke Los Angeles terpaksa berpatah balik ke Seattle selepas seorang pekerja dilaporkan tertidur dan terperangkap dalam ruang kargo pesawat.

Penerbangan 448 baru saja berlepas pada tengah hari apabila juruterbang terdengar ketukan dari bahagian bawah lantai pesawat.

Dalam satu kenyataan media, syarikat penerbangan itu menyatakan juruterbang pesawat berkenaan terus berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma dan mengisytiharkan kecemasan untuk mendarat.

Selepas pesawat itu mendarat, pekerja terbabit ditemui di ruang hadapan bahagian kargo yang mana tekanan udara dan suhu dikawal.

Menurut syarikat itu, seorang pekerja Menzies Aviation memberitahu dia tertidur dalam pesawat berkenaan ketika bertugas.


Pekerja terbabit berada dalam keadaan baik tetapi dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Alaska Airlines menyatakan ia masih menyiasat kejadian itu. – AP

https://www.youtube.com/watch?v=Nl7I-OEZqag

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori