Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kucing Selamat Walau Semalaman...

BETULLAH kot mitos yang mengatakan kucing ada sembilan nyawa.Macam yang jadi semalam, hayat...

‘African Scam’ Rekod Kerugian...

MELAKA - Sebanyak 78 kes kes penipuan 'African Scam' dan 'Love Scam' melalui...

PKR: Siasat Rasuah Seks...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak berkuasa membuat siasatan secara...

Boleh Tukar Nama Akaun...

Kuala Lumpur : Pemilik premis mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran nama akaun (COT)...

Petani Tak Sangka Menang Perodua Axia Cabutan SSP BSN

KANGAR – Seorang petani tidak menyangka wang pampasan tanah sawah yang dilaburkan membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) tiga tahun lepas, membawa tuah apabila beliau memenangi hadiah utama cabutan tempatan (Kedah/Perlis) untuk bulan Mac, berupa sebuah kereta Perodua Axia.

Md Arshad Darus, 82, dari Batu Pahat dekat sini, berkata kereta tersebut akan dihadiahkan kepada anak bongsunya, Hasmadi, 38, yang kini menjaganya.

“Kerajaan membayar wang pampasan bagi pengambilan hampir satu ekar tanah sawah saya yang termasuk dalam projek tebatan banjir Perlis utara lebih tigaƃā€šĆ‚Ā tahun lepas. Sebahagian wang itu saya laburkan membeli SSP,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Deposit dan Transaksi Perbankan BSN Kedah/Perlis, Adzha Othman menyerahkan replika kunci kereta tersebut kepada Md Arshad di BSN Kangar.

Adzha berkata cabutan bagi bulan Mac berlangsung di Wisma BSN, Kuala Lumpur.


Beliau berkata pada tahun ini, BSN menawarkan 13 buah Perodua Axia setiap bulan kepada pemenang cabutan tempatan dan satu untuk cabutan bonanza.

“Pelanggan layak menyertai cabutan dengan membuat simpanan minimun RM10. Selain Perodua Axia, pelbagai hadiah menarik ditawarkan,” kata Adzha, sambil menambah bahawa SSP adalah produk simpanan patuh syariah berasaskan konsep mudharabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori