Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA...

Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkemungkinan akan memberi peluang kedua kepada pelajar genius matematik,...

Mansuh Hukuman Mati Untuk...

KUALA LUMPUR - Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat...

Isu Bendera Terbalik: Indonesia...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia...

Hambali Mohon Dibebaskan

KUALA LUMPUR - Hambali atau nama sebenarnya Riduan Isamuddin, bekas pemimpin Al-Qaeda yang...

Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Jihad Islam?

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat mendakwa ahli PAS yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh sedang berjihad untuk Islam.

Justeru, Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mahu ahli-ahli PAS gigih berjihad berkempen dengan keyakinan sebagaimana firman Allah dalam Aali Imran 160.

“Sekiranya kamu dimenangkan oleh Allah maka tiada yang boleh mengalahkan kamu dan sekiranya dia mengecewakan kamu maka siapakah lagi yang boleh memenangkan kamu selepasNya? Dan kepada Allah sahaja hendaklah bertawakkal menyerah diri oleh orang-orang beriman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, meskipun majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu lebih 15,000 namun tiada yang mustahil untuk kemenangan berpihak kepada PAS menurut logik iman.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen dengan bersungguh-sungguh demi Islam. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori