Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tren MTR Hong Kong...

BEIJING - Perkhidmatan kereta api Mass Transit Railway (MTR) Hong Kong terganggu hampir...

Geng Mizi Samun Kedai...

SUNGAI PETANI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun kedai serbaneka dikenali Geng Mizi...

Bangsa Lain Tak Wujud...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, sekiranya...

KPDNKK Sediakan Sistem IT...

Selaras dengan pelan kerajaan untuk menyusun semula pembahagian bahan bakar RON 95, Kementerian...

Pindaan Kanun Tatacara Jenayah Ditangguhkan Demi Rakyat

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 yang ditangguh hari ini akan diperhalusi lebih mendalam demi kepentingan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang kementerian untuk meminta Peguam Negara (AG) membuat pindaan terhadap rang undang-undang itu.

Katanya perkara itu turut mendapat perhatian Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang mahu rang undang-undang itu ditambah baik kerana merasakan ia tidak memuaskan hati terutama dalam perkara yang membabitkan budi bicara badan kehakiman.

“Kita dengar daripada semua pihak yang mempunyai kerisauan. Selepas perbincangan di peringkat kementerian, kita akan bawa perkara ini kepada AG untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada BERNAMA di lobi Parlimen .

Antara elemen penting rang undang-undang itu termasuk cadangan memasukkan Bab baharu XLIA yang membolehkan pegawai polis merampas harta alih dan harta tidak alih yang dimiliki seseorang anggota kumpulan jenayah yang disyaki harta tidak sah.


Berdasarkan cadangan pindaan itu, jika mana-mana harta dirampas mahkamah hendaklah menganggap harta itu ialah harta tidak sah kecuali orang yang harta itu dirampas membuktikan sebaliknya melalui keterangan boleh terima.

Terdahulu ketika sesi pembentangan rang undang-undang itu, beberapa anggota Parlimen turut menggesa agar rang undang-undang itu ditangguhkan bagi proses penelitian semula.

Antara kebimbangan yang disuarakan mengenai rang undang-undang itu adalah terdapat unsur penganiayaan, tiada unsur kebaikan kepada rakyat dan tiada perbincangan mendalam untuk meluluskannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori