KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan taktik meraih simpati pengundi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini.
Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam menyiarkan satu surat didakwa ditulis sendiri oleh Anwar menerusi laman Facebook beliau.
“Warkah Anwar Ibrahim buat rakyat di Permatang Pauh,” dakwanya dalam Facebook tersebut.
Surat dengan tulisan tangan itu didakwa ditulis oleh Anwar di Mahkamah Syariah di sini pada 27 April lalu.
Anwar dalam surat itu antara lain memohon pengundi Permatang Pauh supaya menyokong isterinya dalam PRK kali ini.
Kata Anwar, Wan Azizah perlu disokong untuk meneruskan perjuangan PKR bagi membela nasib rakyat.
- MYNEWSHUB.CC
(Bukan Anwar pun kata akan laksana GST kalau memerintah?)