Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kini Masanya Fokus Bangunkan...

SEREMBAN - Kini adalah masanya bagi anggota-anggota UMNO memberi tumpuan kepada proses membangunkan...

Pili, Pancuran, Mesin Basuh...

CYBERJAYA ā€” Pili air, pancuran mandi dan mesin basuh antara produk wajib memiliki...

Pegawai Polis Ditemui Mati...

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian...

Tetapkan Harga Kawalan, Pantau...

SHAH ALAM - Penduduk di negeri ini menggesa kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam...

PM Kutuk Serangan Pelampau Somalia Di Kenya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelampau Somalia yang membunuh seramai 147 penuntut universiti di Kenya, semalam.

Menulis di laman Twitter, Najib berkata:

“Malaysia condemns the attack in Kenya and rejects extremism committed in the name of Islam. Islam is a religion of peace, tolerance and respect.”

(Malaysia mengutuk serangan di Kenya dan menentang tindakan puak pelampau yang mempergunakan agama. Islam merupakan agama yang menerapkan keamanan, sikap toleransi dan hormat-menghormati).”

pm

Semalam, empat lelaki bertopeng dipercayai daripada kumpulan pelampau Shebab dari Somalia membunuh sekurang-kurangya 147 pelajar selepas menyerbu sebuah universiti di Garissa, Kenya.


Serangan itu disifatkan yang terburuk di negara itu selepas pengeboman terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi pada 1998 yang menyaksikan 213 orang terbunuh.

Kumpulan lelaki itu yang lengkap bersenjata dan memakai jaket yang disalut bahan letupan, meletupkan diri selepas serangan selama 16 jam di pusat pengajian tinggi itu berakhir.

Penyerang dipercayai melontarkan berpuluh bom tangan dan menembak daripada senjata automatik, mereka dilaporkan menceroboh universiti itu pada waktu subuh dan mula menahan tebusan bukan beragama Islam.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori