Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Hudud: Wakil Kerajaan Kelantan...

KUALA LUMPUR - Wakil kerajaan PAS kelantan gagal memperolehi persetujuan segera Majlis Pimpinan...

4 Keluarga Hilang Tempat...

KUALA NERUS - Empat keluarga hilang tempat berlindung selepas kediaman mereka musnah dalam...

JPAM Perkenal ‘Sistem Beg...

BENTONG - Melihat situasi mangsa banjir yang kebiasaannya hanya sehelai sepinggang dan terpaksa...

Gara-Gara Dikecam, Tiba-Tiba Anwar...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar...

PM Laos Tiba Untuk Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26

SEPANG – Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong tiba di sini hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang dipengerusikan Malaysia.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Thammavong, yang tiba dengan pesawat khas Lao Airlines dari Vientiane, diberi sambutan permaidani merah.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 selama dua hari yang bermula hari ini berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi.


Perkumpulan serantau itu berharap dapat menyaksikan terbentuknya Komuniti ASEAN – sebuah rantau bersama ekonomi, politik-keselamatan dan sosiobudaya, menjelang akhir tahun ini.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Malaysia telah mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN pada 1977, 1997 dan 2005. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori