Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Diarah Tutup Korekan...

KUALA LUMPUR - Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan Indah Water di Jalan...

Keputusan Filipina Hos Sukan...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Filpina bakal menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan SEA...

PAC Tidak Akan Berkompromi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan berkompromi jika terdapat...

AGC Masih Pertimbang Surat...

Jabatan Peguam Negara (AGC) masih mempertimbangkan surat representasi dalam kes dadah terhadap seorang...

Polis Marin Rampas 1,068 Botol Minuman Keras Di Tawau

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 1,068 botol minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt Rosman Ismail dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata barangan itu dirampas semasa rondaan di perairan Sungai Tongkang dekat sini, kira-kira pukul 10.50 malam.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda telah menahan sebuah bot yang dinaiki tiga lelaki tempatan berusia antara 18 dan 22 tahun. Apabila diperiksa terdapat 1,068 botol minuman keras pelbagai jenama disorok dalam bot berkenaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati minuman keras itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kesemua barangan dan ketiga-tiga suspek itu telah dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori