Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Siapa MB Johor Dijangka...

Johor Bahru : Siapa Menteri Besar Johor Ke-19 bakal terjawab petang ini berikutan...

PAN Kecam Guna Sentimen...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) paling marah dengan pandangan Menteri Wilayah...

Indonesia Terima Bantuan Mencari...

PUTRAJAYA - Kerajaan Indonesia telah menyatakan penghargaan dan bersetuju untuk menerima bantuan mencari...

Jangan Takut Ambil Vaksin...

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu...

Polis Sabah Tahan Seorang Lelaki, Rampas Pelbagai Dadah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah ditahan di Lorong Sena, Taman Luyang Fasa Satu, dekat sini, Jumaat lepas, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai dadah dipercayai diseludup dari Semenanjung.

Lelaki berusia 42 tahun berkenaan ditahan kira-kira 1.15 pagi selepas dilihat berkelakuan mencurigakan dengan memberhentikan kenderaan Toyota RAV yang dipandunya sebelum meletakkan satu kotak plastik di tepi jalan ketika diekori sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah.

Ketua JSJN Sabah, Supt Abdul Rahim Dolmat berkata, polis tidak menemui sebarang dadah ketika pemeriksaan badan ke atas lelaki berkenaan namun pemeriksaan terhadap kotak berkenaan menemui pelbagai dadah iaitu ganja, pil ecstasy, ketamin dan eramin 5.

“Soal siasat terhadap suspek itu membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Antarabangsa, Kota Kinabalu pada hari sama, kira-kira 2 pagi,” katanya kepada pemberita di sini Isnkin.

Dalam serbuan, polis menemui sejumlah dadah jenis ketamin, erimin 5, ganja, dan ecstacy yang dipercayai dibawa dari Semenanjung untuk pasaran tempatan.

Menurut Abdul Rahim, serbuan ke atas kediaman suspek kemudian membawa kepada rampasan sebuah kenderaan Myvi, wang tunai dan beberapa barangan kemas bernilai RM115,108, dipercayai diperolehi hasil jualan dadah.


“Dianggarkan nilai rampasan keseluruhan ialah RM333,108,” katanya.

Abdul Rahim berkata ujian air kencing ke atas suspek mendapati lelaki yang bekerja sebagai jurujual kereta itu positif dadah dan pernah ditangkap berkaitan penyalahgunaan dadah dua tahun lalu.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata dari 1 Jan hingga kini, sebanyak 4,224 individu ditahan berkaitan pelbagai kesalahan dadah di Sabah.

Katanya, dalam tempoh sama jumlah rampasan dadah bagi syabu ialah 13,241.65 gram, ganja (8,588.68 gram), ketamin (547.56 gram), ecstasy (2,859 biji) dan eramin 5 (2,051 biji) dengan anggaran nilai rampasan lebih RM1 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori