Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Dua Lemas...

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Felda Bukit Goh di sini...

MAIS Tak Iktiraf Perkahwinan...

Shah Alam : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan mengiktiraf pernikahan individu...

JDT Lebarkan Sayap Ke...

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani...

SPRM Beri Amaran Jangan...

KUALA LUMPUR - Pegawai-pegawai kanan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Polis Tahan Remaja Terlibat Curi Motosikal

KUANTAN – Polis menahan seorang remaja dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal dalam satu pemeriksaan di tepi jalan di Batu 3 Jalan Gambang arah Kuantan dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata remaja berusia 19 tahun itu ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Kuantan dengan bantuan anggota Unit Rondaan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuantan pada pukul 6 petang.

“Suspek 19 tahun ditahan ketika menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah dam hasil pemeriksaan polis mendapati nombor casis motosikal tersebut terdapat kesan gangguan dan dipercayai palsu.

“Suspek yang juga didapati positif dadah jenis Amphetamine kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu katanya dalam kes berasingan, polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah tengah hari semalam.


Abdul Aziz berkata suspek ditahan pada pukul 12 tengah hari di kawasan Perkampungan Seri Damai dekat Jaya Gading di sini.

Katanya hasil pemeriksaan suspek didapati positif dadah, memiliki empat rekod jenayah lampau dan mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori