Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Harga Baru RON95 Turun...

Kecoh di laman sosial dan blog apabila tersebar harga baru runcit bagi petrol...

Keadaan Negara Belum Izinkan...

SEPANG - Keadaan semasa negara buat masa ini belum mengizinkan untuk proses pengalihan...

Mayat Wanita Suka Menyendiri...

PONTIAC, Amerika Syarikat - Mayat seorang wanita dijumpai sudah mereput di dalam kereta di...

David Teo Ditampar Ketika...

PUTRAJAYA - Sesi Perdana Menteri bersama selebriti dalam program Transformasi Nasional 2050 di...

POTA: DAP Beri Alasan Dua Ahli Parlimen Berada Di Australia

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Penasihatnya, Lim Kit Siang mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Whip Ahli Parlimen DAP, Loke Siew Fook mendakwa, cuma dua Ahli Parlimen DAP tidak dapat hadir iaitu Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong kerana berada di Australia.

“Sebenarnya, Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berada dalam dewan pada ketika pengundian dan mengambil bahagian. Namun, beliau terpaksa meninggalkan dewan selepas itu kerana berasa kurang sihat.

“Dua Ahli Parlimen DAP yang tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana mereka berada di Australia pada hari tersebut untuk lawatan yang telah dirancang sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Siew Fook mendakwa, 35 daripada 37 Ahli Parlimen DAP hadir semasa pengundian pada bacaan kedua Rang Undang-undang tersebut dan tiga wakil DAP membahaskannya secara bersungguh-sungguh.


“Semua Ahli Parlimen DAP amat komited dan serius dalam tugas dan tanggungjawab kami,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • POTA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori