Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemain Darah Kacukan Brisbane...

KUALA LUMPUR - Pemain pasukan Brisbane City berdarah campuran Malaysia-Australia, Curren Ferns berhasrat...

Perlis Mula Laksana Sekolah...

KANGAR - Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) akan mula dilaksanakan tahun hadapan bagi...

Strategi Tumpuan Pelanggan Celcom...

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd (Celcom), melalui strategi tumpuan kepada pengalaman pelanggan...

Peruntukan RM1.5 Bilion Naik...

SEGAMAT - Kerajaan memperuntuk RM1.5 bilion bagi membina dan menaik taraf hospital dan...

PPPM-PT Perkasa Pendidikan Tinggi Negara

KUALA LUMPUR — Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi)(PPPM-PT) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini mempunyai 10 lonjakan dalam usaha untuk terus
memperkasa sektor pendidikan tinggi negara.

Lonjakan itu melibatkan aspek Graduan Holistik Berciri Keusahawanan dan
Seimbang; Kecemerlangan Bakat; Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat; Graduan
Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); Kemampanan Kewangan;
Pemantapan Tadbir Urus; Ekosistem Inovasi; Keunggulan Global; Pembelajaran Dalam
Talian Tahap Global; dan Transformasi Pendidikan Tinggi.

Kesemua lonjakan itu akan menyokong lima aspirasi sistem yang memberi
tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan Kedua Datuk
Seri Idris Jusoh, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sepanjang tempoh penggubalan pelan itu, rundingan dengan 100 kumpulan
pemegang taruh melibatkan lebih 10,500 peserta telah dilaksanakan.

Pelan itu juga akan menyaksikan universiti awam dibenarkan membangun dan
melaksanakan skim pelbagai trek melalui proses penurunan kuasa untuk hal-hal
sumber manusia.


Laluan kerjaya bagi penyelidik, pendidik, pemimpin dan pengamal profesional
akan dibangunkan dengan penglibatan beberapa tokoh korporat dan pengamal
profesional.

Hasrat untuk melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang
pula akan direalisasikan antaranya menerusi langkah memperkenalkan
pengintegrasian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).

Di peringkat kementerian, pelan berkenaan akan diterjemahkan dalam bentuk
100 inisiatif yang dilaksanakan dalam tiga gelombang, yang pertama antara 2013
dan 2015, Gelombang Kedua (2016-2020) dan Gelombang Ketiga (2021-2025). — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori