Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waktu Operasi Unit Tabung...

TAIPING - Waktu operasi Unit Tabung Darah Hospital Taiping dilanjutkan dari 8.30 pagi...

Peguam Najib Jalankan Pemeriksaan...

Peguam Najib Razak dijangka menjalankan pemeriksaan balas terhadap pakar jejak pengubahan wang haram...

Insiden Low Yat: Jangan...

SEANTERO Malaysia tahu, semalam, perkarangan pusat beli-belah Plaza Low Yat telah dibanjiri dengan...

Sarawak Wartakan Taman Negara...

SEMATAN - Sarawak mewartakan Luconia Shoals sebagai taman negara marin yang terletak di...

Prasarana Iktiraf Aktiviti ‘Busking’ – Sediakan Tempat Di LRT

KUALA LUMPUR – ‘Busking’ atau muzik jalanan semakin mendapat perhatian termasuk oleh sektor-sektor korporat yang melihat aktiviti itu bukan lagi berimejkan meminta sedekah, tetapi sebagai satu daya penarik alaf baharu.

Terbaru, syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahu memperkenalkan program ‘Busking in Transit’ di stesen-stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghiburkan penggunanya.

“Program ‘Busking in Transit’ membuka ruang khas di stesen-stesen LRT untuk kumpulan-kumpulan ‘buskers’ membuat persembahan sambil mendapat sumbangan daripada peminat mereka. Kesemua sumbangan akan disimpan sepenuhnya oleh kumpulan-kumpulan buskers ini.

“Sebagai permulaan, Rapid KL telah mengenalpasti tiga stesen LRT iaitu Masjid Jamek, Hang Tuah dan KL Sentral sebelum diperluaskan ke stesen-stesen lain termasuk monorel dan hab-hab bas yang sesuai,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, program ‘Busking in Transit’ turut bertujuan meningkatkan keceriaan di stesen-stesen LRT bagi menggalakkan lebih ramai warga kota menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Mereka yang berminat menyertai program ‘Busking in Transit’ ini boleh menghubungi Rapid KL melalui e-mel [email protected],” kata kenyataan itu.

Ketua kumpulan Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd. Saad berkata, kumpulannya mengalu-alukan langkah Prasarana dan Rapid KL memperkenalkan program ‘Busking in Transit’.


Menurutnya, pemuzik jalanan selama ini berhadapan cabaran untuk mendapatkan lokasi bagi menjalankan aktiviti ‘busking’ dan masalah itu kini diatasi melalui program berkenaan.

“Banyak tempat tidak memberi kebenaran kerana menganggap kami sebagai peminta sedekah.

“Pandangan mereka ini memang salah sama sekali. Kami amat berterima kasih kepada Rapid KL kerana memberi pengiktirafan kepada muzik ‘buskers’ ini,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

https://www.youtube.com/watch?v=oHzVnzeQOqw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori