Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gambar Rakun Tunggang Sang...

SEJAK kebelakangan ini banyak gambar haiwan yang 'menunggang' haiwan lain telah menjadi sensasi...

Penggunaan Internet Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Peratusan capaian isi rumah kepada internet telah meningkat kepada 91.7...

Mahathir Jumpa Ketua Parti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam...

Wanita Maut Kepala Digilis...

TUMPAT: Seorang wanita maut digilis tayar belakang sebuah lori milik pihak berkuasa tempatan...

Presiden Jokowi Tiba Untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26

SEPANG – Presiden Indonesia Joko Widodo tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 yang berlangsung dari 26-27 April.

Beliau disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebaik tiba dengan jet peribadinya dari Jakarta pada pukul 5.35 petang.

Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi diberi sambutan permaidani merah dan lintas hormat oleh kawalan kehormat 28 anggota Rejimen Keenam Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Azwan Arif Mohd Azahari.

Beliau mengadakan lawatan selama tiga hari ke Malaysia pada Februari tahun ini.

Semasa kunjungan tersebut, beliau menyuarakan hasratnya untuk mengadakan perbincangan berkaitan zon waktu seragam ASEAN dengan seberapa segera yang mungkin.

Menteri-Menteri Luar ASEAN sepakat bersetuju untuk mewujudkan zon waktu seragam bagi ibu negara anggota-anggota ASEAN semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu pada 28 Jan tahun ini.

ASEAN ketika ini mempunyai empat zon waktu berbeza, Myanmar pada GMT +6.30, Kemboja, Thailand, Laos dan Vietnam GMT +7, Singapura, Malaysia, Brunei dan Filipina pada GMT +8.

Cadangan zon waktu bagi rantau ini ialah GMT+8.


Antara manfaat zon waktu seragam bagi rantau ini ialah peningkatan perdagangan dan kerjasama dalam kalangan kerajaan, dan antara ASEAN dengan negara-negara lain di Asia.

Selain itu ia juga membolehkan lebih banyak masa bagi komunikasi, menyelaraskan aktiviti pasaran saham, memantapkan sistem operasi penerbangan dan menambah baik rangkaian perniagaan dan perbankan di rantau Asia

Sidang kemuncak dua hari itu yang bertemakan ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ diadakan di dua lokasi, Kuala Lumpur dan Langkawi.

Visi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, yang mula disandangnya pada 1 Jan tahun ini, adalah untuk mewujudkan ASEAN berpaksikan rakyat yang melibatkan penyertaan semua sektor masyarakat dalam aktivitinya.

Keanggotaan ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967, oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand telah bertambah kemudiannya dengan kemasukan Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

https://youtu.be/RgSKwoiQo9M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori