Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Unit Induk Urus Sukarelawan,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

Timbalan Pengarah Kewangan DBKL...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari...

Pelbagai Bantuan Bukti Ekonomi...

BERA - Pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk pemberian kelengkapan persekolahan setiap tahun membuktikan...

8 Pusat Sukan Olimpik...

Global Witness, satu kumpulan anti rasuah mendakwa, industri pembinaan di Jepun merupakan pelanggan...

PRK Permatang Pauh 7 Mei, Penamaan Calon 25 April

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Pulau Pinang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media mengenai PRK kerusi Parlimen Permatang Pauh itu di sini hari ini berkata penamaan calon pula akan diadakan pada 25 April, manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.

“Daftar pemilih yang akan diguna ialah daftar pemilih induk 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan sehingga daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun 2014 dan dikemaskini sehingga 1 April 2015,” katanya.

Daftar pemilih itu mengandungi 71,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 71,252 pemilih biasa, 627 pemilih awal dan 11 orang pengundi tidak hadir luar negara.

PRK Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Pada 24 Feb lepas, isteri Ketua Pembangkang itu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Anwar yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mazlan Ismail dan calon bebas Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

Anwar, 68, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket BN dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 1999, dan kerusi tersebut dimenangi Dr Wan Azizah pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.

Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.

Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga mengosongkan kerusi itu pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.

Anwar memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi.


PRK Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Lapan PRK sebelum ini adalah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015).

Menjelas lanjut mengenai PRK Permatang Pauh, Abdul Aziz berkata SPR melantik Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah selaku pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh enam penolong pegawai pengurus.

“SPR juga setuju menubuhkan enam pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan,” katanya.

Menurut Abdul Aziz penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Abdul Aziz berkata pengundian awal akan dijalankan di Dewan Gemilang Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah manakala bagi pengundian biasa pula, 25 buah sekolah akan diguna sebagai pusat mengundi melibatkan 132 saluran.

Katanya kos pengendalian PRK Permatang Pauh dianggar menelan belanja sebanyak RM1.9 juta.

Beliau berkata SPR menimbang kemungkinan melantik pemerhati tempatan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika terdapat permohonan.

SPR pada masa sama meminta semua majikan sama ada daripada sektor awam atau swasta agar memberi tempoh yang munasabah kepada pekerja mereka yang ingin keluar mengundi.

“Di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau tidak lebih satu tahun penjara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori