Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tarian Gelek ‘Tak Haram...

PETALING JAYA - Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa penari berpakaian seksi...

Najib Menghadap Jemaah Pemangku...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Jemaah Pemangku...

TIDAK RASMI – Calon...

MUAR : Calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman mendahului dua lawan dalam...

Penjual Buah Didenda Cederakan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan teman lelaki adiknya menggunakan topi keledar, seorang penjual...

PRK Rompin: Orang Asli Anggap Calon BN Terbaik

ROMPIN – Bagi masyarakat Orang Asli di sini, wakil rakyat idaman mereka ialah wakil yang prihatin, yang sentiasa menitikberatkan masalah mereka serta sentiasa menjenguk mereka.

Oleh itu mereka menggangap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai calon terbaik untuk meneruskan pembangunan buat mereka.

Seperti kata Batin Kampung Gadak, Din Mat, masyakarat Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat luar dan memerlukan lebih banyak pembangunan baik dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan.

“Kalau boleh kita nak pemimpin yang tidak segan untuk ambil tahu kehidupan masyarakat Orang Asli, rajin turun padang bertanya khabar sama seperti Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis (bekas Anggota Parlimen Rompin) lakukan.

“Orang Asli ini jenis yang setia, tetapi punyai hati yang kecil, jarang melawan, namun sekali terguris agak payah untuk dipujuk,” katanya kepada Bernama di perkampungan Orang Asli Gadak, kira-kira 90 kilometer dari sini.

Din berkata masyarakat Orang Asli kini sudah cukup bijak untuk menilai pemimpin dan parti politik yang dapat membantu mereka.

Beliau berkata biarpun Kampung Gadak telah dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air, namun kampung itu yang mempunyai 300 orang penduduk masih mengharapkan kerajaan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih terjamin untuk mereka mendapat pendapatan bulanan yang tetap.

“Kita tidak minta yang bukan-bukan kerana tidak mahu bebankan pemimpin. Cukuplah jika disediakan peluang kerja yang terjamin untuk kami, sekurang-kurangnya sediakan kawasan tanah yang membolehkan kami bercucuk tanam sama seperti Tanaman Secara Kelompok (TSK) Kampung Orang Asli Kedaik,” katanya.


Din berkata keadaan itu penting bagi memastikan Orang Asli dapat meneruskan kelangsungan hidup, ditambah dengan pendapatan dari hasil hutan yang pada masa ini semakin berkurangan akibat penerokaan hutan secara berleluasa.

Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar termasuk Orang Asli yang dianggarkan kira-kira 4,000 pengundi.

Bagi Jasmin a/l Laminkuang, walaupun kampungnya telah mempunyai infrstruktur asas, dia masih berharap kerajaan mampu menyediakan lebih banyak kemudahan lain seperti peluang pekerjaan dan jalan raya kerana jarak kampung itu dengan Bandar Muadzam begitu jauh.

Surirumah Tipah Mataun pula mengharapkan wakil rakyat yang terpilih nanti dapat menyediakan sumber ekonomi bukan sahaja untuk golongan lelaki Orang Asli tetapi juga kaum wanita.

“Kalau boleh kita mahu kerajaan sediakan juga kursus usahawan dan kraftangan supaya dapatlah kami membantu suami untuk menyara hidup. Kepelbagaian kraftangan dihasilkan itu dapatlah kami pasarkan secara lebih komersial dan bukan hanya menjualnya di tepi jalan.

“Jika mengharap kepada suami sahaja mencari rezeki, selama itulah kami tidak boleh maju,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=mwQLiEFyuZg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori