Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penjaja Jalan Alor Dinasihat...

KUALA LUMPUR - Peniaga dan penjaja di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini...

MB Selangor Umum Portfolio...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Lebih 1,000 Etnik Rohingya...

COX'S BAZAR - Lebih 1,000 etnik Muslim Rohingya dikhuatiri dibunuh dalam satu operasi...

Zunar Mula Meluat Dengan...

KARTUNIS penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri...

PRK Rompin: Hasan Arifin (BN) Sah Lawan Nazri Ahmad (Pas)

ROMPIN – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula pada pukul 9 pagi ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh mengumumkan nama calon yang bertanding pada PRK ini adalah pemangku Ketua UMNO bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin sebagai calon Barisan Nasional manakala PAS pula menamakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad untuk mewakili parti itu pada PRK berkenaan.

PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Parlimen Rompin adalah pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.


Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Pengundian awal akan diadakan pada 30 April dan pengundian sepenuhnya pada 5 Mei ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9oVrLwcSP-s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori