Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suami Tidak Kongkong Karier...

SUAMI kepada aktres Anis Al-Idrus, Mohd. Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak meletakkan sebarang...

Real Madrid Benam Barcelona...

REAL Madrid mempamerkan karakter sebenar mereka dengan menewaskan Barcelona 2-0, dalam pertembungan dua...

2 Rakan Maut Kereta...

IPOH - Dua rakan maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

VIDEO : Banjir Kota...

Seorang blogger video di Youtube, Nasrullah Napi telah menghasilkan satu klip video berkaitan...

Putera Harry Nak Mengorat Jennifer Lawrence Tapi Ditolak

Siapa sangka, bintang terkenal Hollywood, Jennifer Lawrence bertindak menolak perlawaan Putera Harry yang menjemputnya hadir ke makan malam bersama-sama di Istana Kensington.

Walau bagaimanapun, pelakon Hunger Games yang turut dikenali sebagai JLaw menolak jemputan anak kedua Putera Charles itu dengan baik.

Menurut media antarabangsa, tindakan tersebut diambil JLaw dengan alasan bahawa dia tidak menggemari kehidupan Diraja.

Dalam laporan portal Life & Style, satu sumber rapat JLaw berkata, “Putera harry telah mengarahkan pembantunya untuk mengundang Jennifer keluar malam malam bersama dan meluangkan masa berjalan menyusuri keindahan Istana Kensington.

j law 640

“Namun sayangnya J Law menolak perlawaan tersebut secara sopan dengan alasan tidak suka dengan kehidupan Diraja seperti yang dijalani oleh Kate Middleton yang mendirikan rumah tangga dengan abangnya, Putera William.”

Ada sumber lain turut menyatakan bahawa JLaw bertindak sedemikian kerana dia kini berpacaran dengan vokalis kumpulan Coldplay, iaitu Chris Martin.

Baru-baru ini, kedua-dua mereka dilihat bersama di satu kawasan terkenal di bandar New York iaitu Tavern on the Green, malah turut dilihat berpimpin tangan saat berjalan di ladang strawberi di situ.


Dalam satu laporan lain pula, ia menyatakan ini bukanlah pertama kali Putera Harry cuba mendekatkan diri dengan JLaw.

Pada tahun 2013, putera tersebut pernah mengaturkan sebuah program hanya untuk berhadapan dengan bintang tersohor itu.

Malah dia turut dilaporkan sudah jatuh hati terhadap JLaw kerana sifat semulajadinya yang periang dan bersahaja.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI

Laporan Berita Tentang Jennifer Lawrence Menolak Perlawaan Bertemu Dengan Putera Harry

https://www.youtube.com/watch?v=EVtdyTyB4pk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori