Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bank Negara Beri Amaran...

KUALA LUMPUR - Sebarang kelekaan dalam menangani pandemik boleh mengakibatkan penularan semula dan...

Instagram Papar Komik Lelaki...

JAKARTA - Satu akaun Instagram memaparkan jalur komik mengenai keperitan hidup yang dihadapi...

Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Tan Sri...

Hafiz Tegur Cara ‘Gurauan’...

NAMA pelakon penuh kontroversi, Nur Fathia Latiff mungkin tidak asing lagi di telinga...

Rafizi Fitnah! Gambar BMW Disebar Bukan Hak Milik Kerajaan

NAIB Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan fitnah apabila mengaitkan gambar kereta-kereta mewah berjata negara yang disebarkan di laman sosialnya adalah pembelian terbaharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

bmw

Menerusi kenyataan diberikan sumber Wisma Putra kepada Mynewshub, kereta-kereta mewah itu bukanlah pembelian terbaharu sebagaimana dicanang Rafizi sebaliknya kenderaan terbabit merupakan kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh syarikat swasta bersempena Asean Summit ke- 26, yang bakal diadakan pada 26 dan 27 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre.

Adalah amalan biasa untuk syarikat dari sektor swasta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk acara-acara besar negara seperti LIMA di Langkawi di mana syarikat terlibat akan mendapat insentif selepas kereta berkenaan dilelong usai acara besar yang ditaja mereka. Dalam erti kata lain, kereta-kereta mewah ini sama sekali TIDAK dibeli oleh pihak kerajaan sebagaimana dakwaan Rafizi.


Dalam kenyataan sama sumber Wisma Putra turut menjelaskan, menteri-menteri luar ASEAN akan menggunakan kenderaan jenis BMW tersebut sebagai pengangkutan rasmi sepanjang persidangan sementara untuk ASEAN Summit, kenderaan jenis Mercedes Hybrid akan digunakan sebagai kereta rasmi.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=fgpPkaqHig8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori