Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pesakit Ke-5 Jangkitan Rabies...

KUCHING - Seorang lelaki disahkan dijangkiti rabies, atau penyakit anjing gila di daerah...

Kim Swee Buru 3...

YANGON - Hanya kemenangan menjadi sasaran skuad Harimau Malaysia apabila menentang Kemboja dalam...

Budak Lelaki Minta Santa...

SIMON Thomas mendedahkan permintaan anak lelakinya memohon kepada Santa Claus dalam satu surat...

Nahas Elmina: Oyen Semakin...

PETALING JAYA – Seekor kucing yang ditemui di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat...

Raja Muda Saran Para Pelajar Kuasai Bahasa Arab

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan para pelajar supaya berusaha menguasai bahasa Arab kerana ia menjadi suatu kewajipan dan perlu diberi fokus serta penekanan serius terutama bagi pelajar sekolah aliran agama.

“Kemampuan menguasai bahasa Arab akan memudahkan para pelajar mempelajari serta mendalami ilmu al-Quran dan hadis,” titah baginda pada majlis perasmian program Titian Kasih Mega peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad Diniah (SMA Al-Maad) di sini hari ini.

Titah baginda, bahasa Arab juga merupakan ‘nilai tambah’ bagi mereka yang berminat dalam bidang profesional, disebabkan dunia hari ini semakin tertumpu di negara Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Arab Saudi dan Bahrain.

Tambah Raja Muda, di negara terbabit membuka peluang kepada pelajar bukan sahaja mencari ilmu berteraskan al-Quran tetapi juga dalam bidang keberhasilan utama seperti cari gali gas dan bahan api, kejuruteraan, perkapalan, seni bina dan pengangkutan yang memerlukan kelebihan dari segi penguasaan bahasa Arab.

Bagaimanapun, Tuanku Syed Faizuddin bertitah bagi memastikan semua itu berlaku dan membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih mudah serta ilmu yang dipelajari beroleh keberkatan, cara hidup pelajar juga harus diubah ke arah lebih baik dan positif.


“Justeru, bersemangat serta peliharalah nilai-nilai agama dengan sebaik-baiknya kerana nilai inilah yang akan membentuk pelajar menjadi modal insan yang didambakan dan apa yang diharapkan ialah keseimbangan agama iaitu pelajar yang berakhlak mulia selari dengan kecemerlangan akademiknya.

Turut berangkat ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri tersebut Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda disambut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Hassan Ebau Noi, Setiausaha YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus dan pengetua sekolah terbabit, Mukhtar Kasim.

Baginda berdua kemudian berkenan merasmikan Taman Bunga Kertas dan Teratak ASEAN di perkarangan sekolah berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori