Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu Pengharaman Mee Segera...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pengharaman sementara penjualan mee segera...

Pesara Tentera Maut, 2...

SUNGAI PETANI - Seorang pesara tentera maut manakala dua rakannya cedera, seorang daripadanya...

Bantah GST: 6 Dikenakan...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap enam tertuduh...

Polis Ambil Masa 3...

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal...

Rakyat China Paling Tidak Percaya Tuhan Wujud – Gallup

WASHINGTON DC – Negara paling ramai penduduk di dunia, China dilaporkan sebagai paling tidak beragama, apabila kajian terbaharu mendapati, lebih 90 peratus rakyatnya menganggap diri mereka ateis atau tiada agama.

Hasil bancian terhadap 65 negara dijalankan firma penyelidikan global, Gallup International dan WI Network of Market Research dilaporkan akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), Washington Post pada minggu lalu.

Ia melibatkan 63,898 responden dan keputusannya, China berada di tempat pertama paling tidak percaya tuhan diikuti beberapa negara Eropah antaranya Sweden dengan 75 peratus rakyatnya tiada agama langsung.

Peta grafik kajian Gallup 2015 untuk kepercayaan kepada agama dengan 0% paling percaya Tuhan dan 100% sebagai ateis. – Gambar hiasan

Situasi di China disebabkan selama beberapa dekad, pemerintahan rejim Komunis menanam ‘minda’ penduduk menganggap tuhan tidak wujud sebelum dasar terbuka lewat 1980-an membenarkan semula amalan agama.

Manakala Sweden susulan polisi negara rantau Skandinavia itu lebih sekular mengasingkan fahaman agama dalam semua perkara, malah bancian terkini mendapati satu daripada lapan rakyatnya sahaja pergi beribadat.


Dianggarkan 50 peratus penduduk Eropah Barat adalah ateis antaranya Britain, Belanda, Jerman, Switzerland, Sepanyol, Austria dan Perancis; manakala Israel lebih teruk, apabila 65 peratus rakyatnya tiada beragama.

Berbeza daripada Palestin, lebih separuh daripada rakyat Israel tidak percaya Tuhan walaupun mengaku kaum Yahudi. – Gambar hiasan

Akhbar ternama Israel, Haaretz, berkata, ateisme berakar kuat dalam masyarakat Yahudi moden dan ini jauh berbeza daripada penduduk Palestin yang mencatatkan hanya 19 peratus rakyatnya tidak percaya tuhan.

Kajian Gallup International 2015 itu mencatatkan antara 65 negara yang dikaji, rakyat Thailand paling kuat pegangan agama mereka dengan rekod 94 peratus, diikuti Armenia, Bangladesh, Georgia dan Maghribi.

Laporan itu tidak menyebut Malaysia, namun berdasarkan peta grafik yang dikeluarkan agensi itu menunjukkan negara ini termasuk dalam kategori kurang 20 peratus daripada penduduknya tiada agama. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori