Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Syed Saddiq Undur Sebagai...

Kita semua maklum keputusan di Mahkamah Tinggi hari ini, Muda diasaskan ingin membawa politik baharu, politik yang mengangkat maruah dan berintegriti."Saya tidak tergolong dalam kumpulan berkenaan, selepas dibincangkan bersama, kami membuat keputusan, saya akan mengosongkan jawatan saya sebagai Presiden Muda dengan serta-merta sementara saya membersihkan nama di mahkamah," katanya pada sidang media di Pejabat Muda di sini, hari ini.

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap...

ECRL: Perlu Ambil Kira...

KUALA TERENGGANU - Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu...

Gambar: Wajah Baharu Perodua...

SUDAH tiba masanya syarikat pengeluar kenderaan tempatan Perodua memperkenalkan reka bentuk terbaharu model Myvi...

Rakyat Jangan Mudah Terpengaruh Fitnah Terhadap PM

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Najib merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat dan tidak hairan sekiranya parti pembangkang atau golongan tertentu yang tidak menyukai cara perdana menteri itu mewujudkan pelbagai cerita fitnah.

“Najib melakukan segalanya berdasarkan keperluan rakyat dan apabila beliau berbuat demikian, ini merisaukan pembangkang dan sebab itu mereka akan menggunakan pelbagai cara mempengaruhi minda rakyat antarannya dengan cara fitnah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata pelbagai isu termasuk dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) telah diputar belit pihak tertentu dalam usaha untuk mempengaruhi minda rakyat.

“Sebagai contoh kalau perdana menteri takut dengan isu 1MDB, beliau tidak akan bagi kepada PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) atau Ketua Audit Negara untuk meneliti (dan menyiasat) isu 1MDB kerana PAC di dalamnya terdiri daripada anggota Barisan Nasional (BN) serta parti pembangkang,” katanya.

Ismail Sabri berkata pelaksanaan CBP antara lain bertujuan mengekang peniaga daripada mengelak untuk membayar cukai.


“Kalau dulu peniaga boleh menipu untuk mengelak membayar cukai tapi kini dengan adanya CBP, transaksi telah direkodkan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin sewaktu berucap pada majlis pelancaran program Jom Bertani dan Pertanian Bandar di Ulu Seberang, Putatan, berkata, Najib merupakan pemimpin yang sentiasa mendengar pandangan rakyat malahan seorang yang mengenang budi.

“Sabah bagi banyak kerusi kemenangan kepada BN dan beliau (Najib) bagi kita (kerajaan Sabah) pelbagai projek untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat di sini,” katanya. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori