Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PD Akan Dibangun Bandar...

PORT DICKSON - Port Dickson atau Bandar Tentera Darat akan dibangunkan sebagai bandar...

DAP Tetap Mahu Perak...

TELUK INTAN - DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik...

Jambatan Pulau Pinang Masih...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan keseluruhan struktur jambatan Pulau...

Henti Bandingkan BF Korang...

SEJAK kisah layanan bak puteri yang diberikan Hafiz Mahamad terhadap kekasihnya menjadi viral...

Rampasan Terbesar Pil Kuda Tahun Ini

KUALA KRAI – Tiga penganggur yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan bersama 1,884 pil kuda bernilai RM47,100 di persimpangan lampu isyarat Guchil Empat, kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, rampasan itu adalah yang terbesar dilakukan di daerah ini tahun ini.

“Ketika ditahan ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 24 tahun itu menaiki kereta jenis Honda Ferio berwarna putih.

“Pemeriksaan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Krai dan JSJN Gua Musang menemui 1,864 biji pil berwarna kemerahan serta 20 pil berwarna hijau disyaki dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, petang semalam.

Mohd Azlan berkata, siasatan awal mendapati bekalan pil kuda tersebut diperoleh dari Bachok dan dipercayai untuk diedarkan di sekitar Gua Musang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.


“Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau, juga melibatkan kes dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 April lalu.

“Selain dadah, kereta Honda Ferio dinaiki suspek turut dirampas. Kesemua suspek disiasat di bawah 39B Akta Dadah Merbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pengedaran dadah di daerah ini bukan sahaja dilakukan warga tempatan memandangkan pihaknya juga mendapat maklumat warga asing terutama dari negara jiran, Thailand turut terlibat.

“Berdasar maklumat diterima, mereka bekerja sendiri dan pada masa sama turut menjual dadah,” katanya. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=kmNUaXpgd2o

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori