Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kemelut Padang: PKNS Rujuk...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengemukakan bantahan Gerakan Selamatkan...

Terengganu Perkenal Dana Raya...

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan yang berkhidmat di Terengganu bakal menerima dana raya...

Trafik Masih Perlahan Di...

PETALING JAYA – Aliran trafik dari arah Pantai Timur ke menuju ke Plaza...

Video: “Kenapa Tak Tolong...

SANA-SINI kejadian jenayah semakin kerap dilaporkan sama ada di dada akhbar mahupun di...

Remaja Kutuk Mendiang Kuan Yew Didakwa

SINGAPURA – Seorang remaja yang ditangkap kerana didakwa membuat rakaman video mengutuk mendiang Lee Kuan Yew dan agama Kristian di YouTube dihadapkan ke mahkamah di sini semalam.

Amos Yee, 16, cuma tersenyum dan kelihatan sedikit gelisah ketika pertuduhan itu dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah daerah. Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000 (RM53,834). Remaja itu boleh dibicarakan sebagai seorang dewasa.

Yee memang dikenali dalam komuniti YouTube tempatan dengan paparan lucu di samping memainkan satu watak sampingan dalam filem komedi, We Not Naughty sebelum ini.

Dia hanya mengenakan baju-T gelap dan seluar kuning serta selipar getah ketika berdepan tiga pertuduhan berasingan termasuk ‘sengaja dengan niat mengguris perasaan kaum dan keagamaan mana-mana individu’.

Remaja itu turut dituduh menyebarkan bahan lucah melalui blognya iaitu lakaran kartun grafik Kuan Yew bersama bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher di samping komen mengancam, kesat dan menghina di bawah peruntukan undang-undang baharu, Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Dalam sebuah video lapan minit bertajuk Lee Kuan Yew is finally dead (Lee Kuan Yew akhirnya sudah mati), Yee menyampaikan kutukan pedas ke atas ahli politik itu ketika pengebumian negara berlangsung sebelum mayatnya dibakar pada Ahad lalu. Yee ditahan pada hari yang sama.


Dia turut menyamakan Kuan Yew dengan Jesus ketika dia mula mengecam agama Kristian sedangkan mendiang tidak pernah mengaku menganut mana-mana agama.

Yee juga mengutuk Kuan Yew sebagai seseorang yang sangat teruk dan mencabar anak mendiang iaitu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong agar menyamannya.

Kes tersebut akan didengar pada 17 April ini. Hakim turut mengarahkan remaja itu berhenti membuat sebarang komen di media sosial sepanjang kes itu berjalan. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=7FSb7avAZFs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori