Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PAS, Gagasan Sejahtera Lancar...

ALOR SETAR - PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera malam tadi...

9 Cedera Tembak Menembak...

LOS ANGELES - Empat anggota polis cedera dalam kejadian tembak menembak dengan seorang...

KKLW Komited Bantu Orang...

SEREMBAN - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) komited dalam membantu masyarakat...

“Saya Berada Di Tempat,...

PUCHONG - “Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,”...

Remaja Takut Tua Sanggup Berendam Dalam Darah Babi

CALIFORNIA– Remaja ini, Chanel baru berusia 19 tahun namun ketakutan utamanya adalah menjadi tua. Justeru pelbagai cara dilakukan yang didakwanya dapat mengekalkan keremajaannya termasuk mandi darah babi.

Kaedah jijik dan pelik ini dilakukan oleh Chanel yang juga seorang model sambilan, kerana dia percaya manusia zaman purba dulu melakukan perkara sama dan ia menunjukkan kesan kepada mereka.

2

“Ketakutan utama saya adalah menjadi tua, mempunyai kedut dan kulit mula menggeleber jadi untuk mengelakkan perkara itu saya mesti melakukan apa sahaja,’’ katanya.

Chanel mendapatkan darah babi itu dalam kuantiti yang banyak di pusat penyembelihan dan kemudiannya memasukkannya dalam tab mandi dan berendam di dalamnya.

Meskipun neneknya cuba memujuknya supaya tidak melakukan perkara itu, namun dia tidak berjaya.

Chanel mendakwa dengan mandi darah babi itu, bahagian kulit yang kasar di badannya kini menjadi semakin lembut.


Selain darah babi, Chanel juga mencuba pelbagai kaedah lain termasuk menggunakan serbuk bawang putih dan minyak zaitun.

Dia juga mencuci mukanya sebanyak lapan hingga 10 kali sehari.

Meskipun tiada bukti bahawa mandi darah dapat mengembalikan keremajaan, namun pada zaman dahulu, seorang ratu Hungary, Elisabeth Bathory, dikatakan telah membunuh beratus-ratus gadis bagi membolehkannya mandi darah anak dara, semata-mata untuk menjadi awet muda.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • babi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori