Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ASEAN & Jepun Mahu...

KUALA LUMPUR - Jelajah Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Jepun yang telah berlangsung...

Polis Kelantan Perketat Kawalan...

PASIR MAS: Polis Kelantan mengerahkan lebih 500 anggotanya untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand...

Nyaris Maut Kayu Penyepit...

BEIJING - Seorang budak perempuan berusia tiga tahun masih panjang umur apabila terselamat...

Video: Dibelasah Sampai Bogel...

LABUAN - Sejak semalam, rakaman video seorang lelaki dibelasah bebarapa individu di tepi...

RM21.5 Juta Bantu Pekebun Kecil Getah Menerusi PPG & SIPG

TEMERLOH – Kerajaan memperuntukkan RM21.5 juta kepada pekebun kecil getah di seluruh negara di bawah Program Pengekalan Getah (PPG) dan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) dalam menghadapi harga getah yang tidak stabil di pasaran dunia sekarang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata menerusi peruntukan itu pekebun kecil akan diberikan insentif baja, peralatan menoreh getah dan ubat penggalak susu getah berjumlah RM1,500 seorang.

Katanya, program di bawah RISDA itu melibatkan 11,273 pekebun kecil seluruh negara dengan keluasan 22,446.17 hektar ladang.

Usaha ini diharap dapat membantu mengurangkan bebanan hidup ekoran peningkatan kos sara hidup serta pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Kebangsaan di tapak Tanam Semula Berkelompok (TSB) Telok Sentang, dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Risda Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad; Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohd Said; Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asli, Senator Datuk Mohd Olian Abdullah; dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mohd Shafie berkata, selain itu kerajaan turut membantu seramai 1,500 anak pekebun kecil menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing pada tahun lepas dengan mendapat pendapatan berjumlah RM2.9 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori