Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Taufan Willa Hampiri Mexico

MAZATLAN, Mexico – Beribu-ribu orang berpindah, bangunan diperkukuhkan dan sekolah di kawasan pantai...

PH Sah Tidak Bubar...

Pakatan Harapan (PH) sah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri...

ANGKASA Tumpu Kedah, Perlis...

PENDANG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menjadikan Kedah dan Perlis...

Menteri: RM411 Juta Kos...

Jumlah keseluruhan kos bagi pembinaan kemudahan dan fasiliti untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2026...

IS: Jakim Perang Habis-Habisan Tangani Salah Faham Jihad

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan perang habis-habisan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), dengan menangani isu salah faham mengenai jihad.

Seiring dengan langkah kerajaan untuk memupuk anti keganasan di sekolah dan universiti, Jakim menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Penjelasan Konsep Jihad.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, jawatankuasa itu diwujudkan dengan pelan tindakan bagi memperjelaskan tentang salah faham mengenai jihad ekoran analisis dan siasatan polisa menunjukkan kumpulan militan IS menyasarkan golongan muda untuk menyebabkan fahaman jihad mereka.

Mendekati golongan beliau menerusi media sosial, IS menawarkan ganjaran dan jaminan ditempatkan di syurga sekiranya mereka menyertai kumpulan militan tersebut bagi memperjuangkan jihad yang kononnya dikatakan menentang “musuh-musuh Islam”.

“Kita juga cuba untuk mendekati golongan muda menerusi program takmir dan dakwah di surau dan masjid,” kata Othman dalam satu temuramah.

Langkah pertama Jakim adalah menggunakan pendekatan di kolej dan universiti seluruh negara di mana ia berharap untuk mengenal pasti pemimpin pelajar Islam bagi membantu menyebarkan makna sebenar mengenai jihad menerusi pelbagai aktiviti anti keganasan di kampus.

“Mempunyai kebebasan akses terhadap maklumat diikuti dengan emosi mereka merupakan antara sebab pelajar mudah terpengaruh dengan fahaman militan, jadi kita berusaha untuk memberi penjelasan mengenai makna sebenar jihad kepada mereka,” katanya.

Beliau turut memberitahu Jakim melancarkan kempen #Mahasiswa Islam Tolak Keganasan di Konvensyen Pemimpin Islam Nasional 2015 di Insititut Latihan Islam di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Othman menafikan kritikan bahawa penguatkuasa Islam mendiamkan diri terhadap ancaman IS, dengan memperjelaskan bahawa Jakim berusaha untuk mengangani isu salah faham tentang IS dan Jihad di kalangan belia Islam menerusi media arus perdana dan bacaan khutbah Jumaat.

Tambahnya, Jakim sedang memantapkan programnya secara kerjasama melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS) supaya pelaksanaannya lebih tersusun dan menyeluruh.


Jawatankuasa Bertindak Penjelasan Konsep Jihad telah dibentuk oleh Jakim terdiri daripada enam agensi antaranya Bahagian Keselamatan dan Ketenteraan Awam Kementerian Dalam Negeri, Majlis keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Al-Hijrah Media Corporation dan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) disamping kerjasama strategik dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Othman yang bersetuju dengan kenyataan Kementerian Dalam Negeri bahawa hanya 5 peratus daripada 75 orang yang ditahan kerana terlibat dengan kumpulan pengganas itu didapati mempunyai latar belakang pendidikan agama, berkata penyebaran keganasan di sekolah-sekolah agama merupakan satu tindakan yang melampau oleh pihak ekstremis.

“Institusi pendidikan Islam di Malaysia telah melahirkan ramai tokoh intelektual yang menyumbangkan kepada pembangunan dan kemakmuran negara,” katanya.

Bagaimanapun, Jakim berkata, ia akan menubuhkan satu perkongsian strategik dengan Jain bagi memantau semua sekolah agama, pendidikan agama di masjid dan ceramah agama.

“Menerusi kerjasama ini, kita akan memperjelaskan mengenai salah faham tentang jihad dan ekstremisme,” katanya.

Mengenai ‘perang’ secara dalam talian, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Othman berkata, jabatan itu menyedari tentang media baharu, dengan keupayaannya untuk menyebarkan maklumat dengan pantas tanpa kawalan, membolehkan pihak tertentu untuk menyebarkan fahaman dan pemikiran mereka bagi mengelirukan rakyat, termasuk mengenai isu jihad.

“Golongan belia yang paling mudah terpengaruh kerana mereka merupakan pengguna paling ramai dalam media dan teknologi baharu.

“Mereka mudah terdedah dan boleh dipengaruhi oleh fahaman ekstremis, dan sekiranya tiada usaha untuk menghentikan wabak ini, ia akan menjadi satu penyakit yang boleh memberi kesan kepada keharmonian dan keselamatan negara berbilang kaum,” tambahnya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori