Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Pelajar Terlibat...

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Cherating di...

D5 Plat KeretaTermahal Di...

ABU DHABI - Seorang ahli perniagaan Dubai berasal dari India, Balwinder Sahani mengejutkan dunia...

Kerajaan Komited Tingkat Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik dan...

Warga China Dikhuatiri Lemas...

KUANTAN - Lebih 70 anggota penyelamat meredah ombak besar di Pantai Cherating dalam...

Sabah Akan Perluas Sumber Hasil Negeri – Ketua Menteri

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan berusaha mengukuhkan kutipan hasil dan memperluas sumber hasil bagi menyediakan peruntukan mencukupi dalam membangunkan Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata antara usaha yang sedang diambil ialah menjalankan kajian untuk meneroka sumber baharu bagi menambah kutipan hasil negeri manakala Jawatankuasa Cukai Jualan Negeri meneliti isu-isu berkaitan.

Katanya kerajaan negeri juga mewujudkan Unit Pentadbiran Cukai Jualan Negeri bagi meningkatkan penguatkuasaan cukai jualan dan menubuhkan Jawatankuasa Pungutan Hasil Negeri untuk menambah baik proses kutipan Cukai Jualan Negeri.

Selain itu, kerajaan negeri juga mengadakan perundingan dengan kerajaan Persekutuan agar dapat mengkaji semula pemberian kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, kata Musa yang juga Menteri Kewangan negeri ketika menggulung ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Berikutan penurunan harga minyak mentah dunia dan persekitaran ekonomi global tidak menentu kini yang menjejaskan hasil negeri, katanya kerajaan negeri merancang perbelanjaan secara optimal tanpa perlu mengorbankan sasaran pembangunan yang telah direncanakan dan pada masa yang sama meneruskan langkah perbelanjaan berhemah.


Ketua Menteri berkata selari dengan hala tuju Bajet 2015 yang bermatlamat memastikan kesejahteraan rakyat dan mengekalkan momentum pembangunan di Sabah, kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan peruntukan Belanjawan Pembangunan
Tahun 2015.

Bagaimanapun kerajaan akan meneliti semula kos-kos projek pembangunan yang belum dilaksanakan terutama yang melibatkan jumlah kos yang besar, katanya.

Musa berkata langkah itu adalah perlu bagi membolehkan kerajaan menyusun semula pelaksanaan projek-projek pembangunan selaras dengan kemampuan kewangan negeri.

Berhubung cadangan supaya kerajaan negeri melaksanakan Bantuan Rakyat 1Sabah (BR1S), katanya kerajaan tidak bercadang melaksanakannya disebabkan kekangan kewangan kerana jika ia dilaksanakan akan melibatkan peruntukan RM178 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori