HANYA kerana ungkapan ‘Gemuk is awesome’, ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan pandangan dilontarkan empunya diri iaitu pelawak Abam Bocey.
Namun setelah mendapatkan penjelasan Abam sendiri, tagline tersebut digunakan bagi membuktikan penampilan bukanlah halangan untuk sesiapapun berjaya, walaupun memiliki susuk tubuh besar.
Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan, “Sejujurnya, memang itulah yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat.
“Sebelum ini, saya sentiasa dipandang rendah oleh sesetengah pihak yang mempersoalkan apa boleh saya lakukan dengan badan begini.”
[BACA: Kevin Zahri Tawar Bantu Abam Bocey Untuk Kurus]
Mynewshub sebelum ini pernah melaporkan, pakar penjagaan kesihatan Kevin Zahri bersedia untuk membantu anggota kumpulan lawak Bocey itu untuk menurunkan berat badannya.
Namun tak ramai yang tahu, Abam sebenarnya memang sedang berusaha ke arah itu atas dasar menjaga kesihatan.
Ujarnya lagi, dia tidak akan menolak bantuan yang dihulurkan oleh Kevin.
“Saya tidak akan menolak. Sejujurnya, sejak tiga bulan lalu, saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan makanan. Saya juga sudah ‘berehat’ memakan nasi dalam tempoh waktu tersebut.
“Kali terakhir saya timbang berat pada tahun lalu ialah 192 kilogram. Kalau boleh, saya mahu mengurangkan berat sebanyak 20 hingga 30 kilogram menjadikan berat hanya 120 kilogram sahaja.
“Seperti yang saya beritahu, saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan,” katanya.
Kumpulan Bocey merupakan antara kumpulan lawak yang semakin bersinar di arena seni tempatan setelah mereka disatukan dalam program Bintang Mencari Bintang.
– MYNEWSHUB.CC
Sedutan Aksi Lawak Kumpulan Bocey Di Maharaja Lawak Mega