Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: PM, Hishammuddin Dan...

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy...

Sabah Tidak Akan Dilanda...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan Sabah akan dilanda Taufan Lan...

PAS Harap RCI Beri...

KOTA BHARU - PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya...

PWTC, Simbol Perjuangan Politik...

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berdiri kukuh sejak 31...

Salman Khan Kebingungan, Tak Pasti Status Agama Dirinya

PELAKON Bollywood, Salman Khan mengejutkan ramai apabila memberi kenyataan kepada pihak mahkamah seolah-olah tidak pasti dengan pegangan agama yang dianuti selama ini.

Hal ini disedari, ketika Salman dibicarakan di mahkamah selepas didakwa atas tuduhan memiliki senjata api secara haram dan menembak rusa jenis Black Buck yang dilindungi.

Ketika perbicaraan mahkamah yang diketuai oleh hakim Anupaman Bijlani, Salman yang disoal mengenai status agamanya kelu seribu bahasa seolah-olah kebingungan untuk menjawab soalan itu.

Bagaimanapun, Salman yang mulanya menjawab berstatus agama India dinafikan oleh seorang saksi yang menyatakan dia adalah seorang muslim.

Lebih mengejutkan, bintang berusia 49 tahun itu menafikan jawapan itu dengan alasan ibu bapanya berlainan agama.


“Saya beragama Hindu dan Muslim. Ayah saya beragama Islam manakala ibu saya penganut agama Hindu,” jawab Salman ringkas.

Kenyataan aktor berbadan sasa itu membuatkan sidang mahkamah kecoh seketika.

Dalam pada itu, Salman tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan sidang berikutnya dibawa pada tarikh 4 Mei depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori