Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Pada Asasnya...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia secara asasnya kukuh dan mempunyai daya tahan yang...

DBKL Tingkat Promosi Pelancongan...

KUALA LUMPUR: Demi meningkatkan aktiviti pelancongan berbasikal di negara ini, pihak Dewan Bandaraya...

Polis Kelantan Rampas Heroin...

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan...

10 Lelaki, Seorang Wanita...

ALOR SETAR - Sebanyak 10 lelaki dan seorang wanita ditahan polis bersama dadah...

Sam Bunkface Nikahi Aida Azira 25 April Ini

VOKALIS kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Aida Azira Husin pada 25 April ini bertempat di Dewan Sapura Building, Seri Kembangan.

Mengakui gemuruh menanti hari bahagianya itu, namun Sam gembira kerana hubungan yang dimeterai mereka berakhir ke jinjang pelamin.

“Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-baur.

“Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru,” katanya kepada mStar.

Majlis resepsi belah Sam, 28, yang merupakan abang kepada aktres Siti Saleha ini akan diadakan pada hari sama pasangan ini dinikahkan sementara majlis di belah pihak perempuan akan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.


Sam dan Aida telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.

Tahniah buat Sam dan bakal isteri!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori