Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anak Kak Ton Yang...

MANA mungkin orang boleh lupa tagline seorang usahawan wanita bagi mempromosikan produk kecantikannya...

Terengganu Perkenal Dana Raya...

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan yang berkhidmat di Terengganu bakal menerima dana raya...

UMNO Selangor Tolak Peletakan...

SHAH ALAM - UMNO Selangor hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk...

Harga RON97, RON95 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun 4 sen...

Sami Thailand Curi Mayat Untuk Nombor Ekor

Bangkok – Polis menahan seorang sami dan dua lelaki kerana mencuri mayat dari tanah perkuburan di Udon Thani.

Menurut polis, mayat berkenaan dicuri untuk digunakan dalam amalan sihir bagi membantu orang ramai membeli nombor ekor.

Polis berkata, Phra Eun Aphiyo, 65, Woraphong Senaphon, 20, dan Khunthong Khetnu, 32, ditangkap kelmarin atas tuduhan mencuri empat mayat di dua tanah perkuburan.

Penangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang penduduk di daerah Prachak Silpakhom yang mengadu mayat anaknya dan satu lagi dalam kubur bersebelahan digali.


Penduduk terbabit, Anong Hipkaew berkata, dia dan anggota keluarganya ke kubur itu untuk membersihkannya tetapi terkejut mendapati mayat anaknya hilang.

Polis berkata, mereka menemui beberapa peralatan menggali apabila menyerbu kediaman Phra Eun di sebuah kuil di Udon Thani.

Sami itu menafikan dia mencuri mayat tetapi mengaku mengadakan acara sihir di tanah perkuburan untuk memberi panduan kepada mereka yang hendak membeli nombor ekor. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori