PELAKON Hollywood, Sandra Bullock diiktiraf sebagai Wanita Tercantik Di Dunia bagi tahun 2015 oleh majalah People.
Ini sekaligus meletakkan Bullock yang sudah berusia 50 tahun sebagai wanita tertua pernah mendapat gelaran tersebut oleh majalah itu.
Pemilihan Bullock dikatakan bukan hanya berdasarkan kecemerlangannya dalam bidang lakonan semata-mata, tetapi termasuk personaliti dan kecantikan dalaman dan luaran pelakon itu.
Pemenang Oscor ini yang tidak sangka dipilih sebagai wanita tercantik dunia dikatakan menolak gelaran tersebut pada awalnya kerana berasa dia adalah seorang wanita biasa.
Bullock yang menempa nama menerusi filem Speed yang ditayang pada tahun 1994 berpendapat definasi cantik itu tersangat luas dan bagi dirinya, ia terletak pada peranannya sebagai ibu.
“Sejak saya mengambil Louis sebagai anak angkat, kehidupan saya bertambah lengkap. Kehadirannya dalam hidup saya adalah sebagai satu ingatan bahawa tiada apa yang lebih penting di dunia melainkan keluarga.
“Apatah lagi untuk tinggal di tempat seperti Hollywood yang mana semuanya lebih mementingkan kepada kecantikan luaran. Lebih baik menjadi diri sendiri dan melalui sebuah kehidupan yang biasa,†jelas Bullock.
Sebelum ini, penyandang gelaran wanita tercantik bagi tahun 2014 adalah milik pelakon Mexico-Kenya Lupita Nyong’o.
– MYNEWSHUB.CC