Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UPSR Dihapus Tidak Lama...

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pasti akan dimansuhkan untuk memberi...

Rizalman Lantik Peguam Hadapi...

PUTRAJAYA - Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, telah melantik peguamnya memandangkan bekas...

Lembaga Pengarah 1MDB Tawar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) secara kolektif menawarkan peletakan...

Hamas Namakan Yahya Sinwar...

BANDARAYA GAZA - Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik...

Sarimah Ibrahim Nikah Kerabat Negeri Sembilan, Pagi Esok

TANGGAL 2 April bakal menyaksikan detik berbahagia buat pengacara dan DJ radio Mix FM, Sarimah Ibrahim yang bakal bergelar isteri kepada cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembila, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali Tunku Jamie.

BACA: Gambar.. Majlis Pertunangan Sarimah Dengan Kerabat Negeri Sembilan 

Majlis pernikahan pasangan ini bakal berlangsung di Hotel Prince Kuala Lumpur, pagi esok.

Biarpun perkahwinan bersama Tengku Jamie ini merupakan perkahwinan kedua, Sarimah mengakui dia berasa berdebar dan mengharapkan majlisnya berjalan dengan lancar.


“Saya harap semua yang dirancang akan berjalan lancar dan seadanya. Doa semua baik-baik sahaja ya! Jumpa esok!” kata Sarimah Ibrahim.

Sarimah memberitahu dia akan mengenakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada hari bahagianya itu.


Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum mengikat tali pertunangan 27 September tahun lalu.

Sebelum ini, Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada Disember 2008.

Jamie merupakan seorang duda tanpa anak.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori