Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Negeri Sembilan Lancar...

SEREMBAN — Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melancarkan manifestonya selepas pelancaran manifesto...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes...

Warga Emas Hilang Semasa...

BINTULU - Seorang warga emas yang mencari udang sejak tiga hari lepas di...

2 Batang Gigi, Kesan...

LANGKAWI - Suspek lelaki kes penemuan mayat kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di...

Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Bakal Berbulan Madu Di New York

BOLEH dikatakan Bali, Indonesia dan Pulau Maldives antara destinasi paling favourite yang sering menjadi pilihan pasangan selebriti tanah air untuk berbulan madu.

Namun berbeza pula dengan pasangan pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra disapa Tunku Jamie yang memilih kota New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi bulan madu mereka.

Meskipun bukan kali pertama menjejakkan kaki di sana namun bagi pasangan ini, mereka mempunyai sebab tertentu untuk kembali ke kota metropolitan tersebut.

“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York,” ujarnya.

Bagi Sarimah, percutian ke New York kali ini mungkin berbeza daripada lawatan dahulu kerana kali ini dia mahu menikmati suasana romantis bersama Tunku Jamie.


Dalam pada itu, Tunku Jamie mengakui dalam perancangan untuk membawa isterinya berbulan madu di New York pada bulan Jun.

Tambahnya, dia berharap percutian selama tiga minggu itu bakal mengabadikan percutian paling manis buat mereka.

Alahai, rasa tak sabar-sabar pulak ingin melihat gambar selfie Sarimah dan suami di hadapan Empire State Building! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori