Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hospital Melaka Perlu Lebih...

MELAKA - Unit Tabung Darah Hospital Melaka merayu kerjasama orang ramai untuk menderma...

Sikap Pemandu Bas Ekspres...

KUALA LUMPUR - Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas ekspres...

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Muka Ditoreh, Bekas Teman...

PETALING JAYA - Tidak puas hati selepas kekasih mahu memutuskan hubungan cinta yang...

‘Saya Belum Sedia Untuk Bercakap’ – Isteri JJ

KUALA LUMPUR – “Saya belum bersedia untuk bercakap,” kata isteri Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Dr Kalsom Ismail.

Hanya perkataan itu yang dapat diucapkannya semasa ditemui pemberita selepas jenazah suaminya dikebumikan di Masjid Negara di sini Ahad.

Turut hadir pada pengebumian itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta anggota keluarga dan kira-kira 1,000 tetamu.

Sementara itu, Abdullah berkata Allahyarham Jamaluddin, anggota Parlimen Rompin itu adalah seorang yang baik dan sumbangannya kepada negara akan sentiasa dikenang.

Sementara itu, bekas menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang turut hadir pada pengebumian Allahyarham berkata beliau mengenali Allahyarham sebagai seorang yang pemurah dan sentiasa ceria.


“Kali terakhir saya berbual dengannya semasa di Parlimen dua minggu lalu apabila kami berbincang mengenai Akta Racun berhubung Ketum, kami juga bercakap mengenai projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan bagaimana dapat mempercepatkan prosesnya,” katanya.

Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, terhempas pada pukul 4.45 petang Sabtu.

Turut terkorban ialah Juruterbang Kpt Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; Azlin, dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori