Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Berdosa Saya Jika Langgar...

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan...

Lantikan Politik: PH Penuh...

KUALA LUMPUR - Kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghentikan lantikan politik...

Jumlah Korban Taufan Michael...

PANAMA CITY - Jumlah kematian akibat Taufan Michael meningkat kepada 17 orang semalam,...

Bayar Penuh Kos Haji...

PUTRAJAYA - Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan...

Sayalah Pembunuh Marilyn Monroe – Pesara CIA

SEORANG pesara CIA telah membuat pengakuan kontroversi sejak dia dimasukkan ke Hospital Sentara.

Normand Hodges, 78, mengaku telah melakukan 37 pembunuhan untuk kerajaan Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1972, termasuk membunuh aktres kesayangan ramai, Marilyn Monroe.

agentn

Normand bekerja sebagai operatif berpangkat tinggi selama 41 tahun.

Selain dilatih sebagai penembak tepat dan pakar seni pertahankan diri, dia juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan racun serta bahan letupan yang boleh memudaratkan.

Menurutnya, dia sering diupah untuk membunuh individu yang boleh mendatangkan ancaman kepada kerajaan.

Antaranya adalah aktivis politik, wartawan dan ketua kesatuan serta beberapa saintis dan artis yang dianggap sebagai ancaman.


marily4

Marilyn Monroe antara mangsa dan satu-satunya wanita yang dia pernah bunuh dan dia tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Normand mendakwa Marilyn merupakan ancaman kepada sistem keselamatan negara kerana beberapa isu skandalnya.

Oleh itu, Normand terpaksa menurut perintah untuk membunuhnya namun pembunuhan aktres itu harus dijadikan seumpama kes bunuh diri.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori