Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Lagu `Country’ Diberi...

DIA mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua...

Pemandu Hilux ‘Buli’ Kereta...

Bukit Mertajam : Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara...

Kematian Difteria Di Sabah...

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah...

2 Penjenayah Ditembak Mati,...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menumpaskan empat penjenayah warga asing dengan dua daripadanya...

Selama 26 Tahun, Suami Isteri Ini Makan Sepinggan

PERCAYA atau tidak, sepasang suami isteri melakar memori unik tersendiri dengan hanya makan sepinggan selama 26 tahun sejak mereka diijab kabul.

Pasangan yang dikenali sebagai Sugiman dan Yati ini mendedahkan, amalan sejak hari majlis perkahwinan mereka terbawa-bawa hingga kini meskipun sudah memiliki dua cahaya mata.

Kata Yati, amalan makan sepinggan ini sudah menjadi rutin yang dilakukan setiap hari tidak kira tempat.

“Dan hingga hari ini, setiap hari, kami tetap makan sepinggan. Kadangkala kami menyuap satu sama lain. Tidak kiralah di mana, di rumah mahupun di kedai,” katanya.

Pasangan dari Palmerah, Jakarta Barat ini mengakui sering diketawa namun mereka tidak malu dan kekok untuk berbuat demikian meskipun sudah meningkat usia.

Bagi mereka, amalan ini menjadikan mereka semakin erat dan bertambah kasih sayang.


Menurut Yati, mereka tetap akan makan sepinggan walaupun ketika bergaduh dan bermasam muka.

“Memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya kami bergaduh. Kadangkala sampai seminggu tak bercakap. Tetapi kami tetap makan sepinggan,” kata Yati sambil ketawa.

Amalan romantis pasangan ini menimbulkan reaksi positif ramai yang ingin mencontohi resepi kebahagiaan mereka.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • cinta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori