Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7 Pasangan Ditahan Khalwat,...

Georgetown : Menginap bersama pasangan berikutan penat untuk pulang dengan perjalanan jauh selepas...

Penternak Babi Perlu Komited...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka mahu penternak babi di kawasan Paya Mengkuang, Alor...

Muhammad Adib: UMNO Ucap...

SEREMBAN - UMNO hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bomba Muhammad Adib...

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui entiti baharu yang akan...

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Program Selawat Perdana 1436H

DAMANSARA: Program Maulid Akbar Selawat Perdana 1426H yang bakal berlangsung dari 6 hingga 8 Mei hadapan bakal menyaksikan penglibatan selebriti tanah air dalam menyokong program bercorak kerohanian dan keagamaan.

Antara barisan artis yang dijangka menghadirkan diri pada majlis itu kelak adalah Amy Search, Fizz Fairuz, Aizat Amdan, Johan As’ari, Adam AF, Hafreez Adam, Lufya, Asfan, Rita Rudaini, Yatt Hamzah, Bienda, Rafidah Ibrahim dan RJ.

2
Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor

Menurut Pengerusi Yayasan Perdana Ummah (YPU), Datuk Rizal Mansor, program ini bakal melakar sejarah menjadi perhimpunan terbesar umat Islam di negara ini yang akan berlangsung di Dataran Putra, Presint 3, Putrajaya.

“Program kali ini akan lebih bersifat ilmiah kerana menghimpunkan 23 para ulama antarabangsa yang datang dari seluruh dunia.

1

4

“Majlis selawat perdana ini akan diketuai oleh tokoh ulama dari Yaman, Habib Umar Ben Hafidz,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H yang diadakan di sini semalam.

Selain program selawat perdana, himpunan ini turut mengadakan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 yang bertujuan merungkai sejarah ahli Sunnah Wal Jamaah.


“Perhimpunan umat Islam ini juga dapat melihat kesatuan dari kepimpinan negara bersama rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam satu majlis tanpa adanya protokol.

“Program ini adalah untuk seluruh umat Islam bersama-sama memperdengar dan mengalunkan qasidah, bukan semata hadir umpama melihat seperti sebuah konsert.

“Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak serta umat Islam dalam satu aktiviti minda sambil berhibur dengan persembahan Islamik bertaraf antarbangsa,” katanya.

Program ini merupakan rentetan daripada kejayaan program Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Putra pada 21 Mac tahun lalu yang berjaya menghimpunkan seramai 500,000 para hadirin. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR
Foto:  RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=yZj4eNIg4uE&feature=youtu.be

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori