PELAKON dan penyanyi, Selena Gomez bukan sahaja cantik dan menawan malah turut peka dengan isu dan perkembangan semasa dunia.
Bintang yang berusia 22 tahun ini menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab sebagai seorang manusia apabila dia menggesa semua orang termasuk peminatnya untuk bantu kanak-kanak gempa bumi di Nepal.
Help children affected by the #NepalEarthquake – support UNICEF’s relief efforts http://t.co/Vhiury5w2n via @UNICEFUSA #Nepal #Earthquake
— Selena Gomez (@selenagomez) April 28, 2015
Selena memuat naik status di laman sosial twitternya meminta orang ramai untuk membantu menyokong usaha United Nations International Children Emergency Funds (UNICEF).
Selena sememangnya memberi kesedaran kepada ramai orang untuk membantu mangsa di Nepal termasuk kanak-kanak yang lebih memerlukan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt