Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Makan Tengah Hari...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Serangan Siber Ke Atas...

TEL AVIV - Sebuah kumpulan penggodam berjaya menceroboh sistem komputer tentera Israel dan...

Pelajar UTM Cipta Aplikasi...

JOHOR BAHRU - Sekumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil...

RISDA Hasilkan Makanan Ternakan...

DUNGUN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat...

Selepas 53 Tahun Mati, Marilyn Monroe Masih Jadi Idola

SELEPAS 53 tahun meninggal dunia, Marilyn Monroe masih dikenali dan menjadi idola kepada ramai orang.

Ternyata pengaruhnya semasa berada dalam dunia glamor meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Meninggal dunia seawal usia 36 tahun, kematiannya mencetus pelbagai persoalan walaupun disahkan membunuh diri kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan.

BERKAITAN: Sayalah Pembunuh Marilyn Monroe – Pesara CIA

Siapa sebenarnya Marilyn Monroe sehingga impak yang ditinggalkan begitu besar?

Jom kita tengok sedikit fakta mengenai pelakon dan penyanyi ini.

1. Nama sebenarnya ialah Norma Jeane Mortenson. Selepas dibaptiskan, dia menukar namanya kepada Norma Jeane Baker dan dikenali sebagai Marilyn Monroe untuk nama pentas.

2. Warna rambut sebenarnya adalah coklat. Marilyn mula mewarnakan rambut menjadi blonde selepas mendapat kontrak sebagai artis. Produsernya menganggap ‘blonde’ lebih menarik dan menawan.

3. Marilyn menjalani kehidupan yang sukar ketika kecil. Ibunya mengalami masalah mental menyebabkan dia berpindah-randah dari sebuah rumah anak yatim ke rumah keluarga angkat serta rumah kebajikan.

4. Saat paling diingati semasa Marilyn hidup adalah semasa dia menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu.

https://www.youtube.com/watch?v=EqolSvoWNck

5. Marilyn sering memberitahu jurugambarnya agar mengambil gambar dari sisi kanan berbanding kiri.

6. Dia seorang yang sangat pentingkan kebersihan. Menurut sumber, dia membasuh mukanya lebih daripada 15 kali sehari.


7. Marilyn merupakan seorang ulat buku. Buku kegemarannya adalah The Biography of Abraham Lincoln. Dia dilihat membawa buku itu ke mana sahaja dia pergi.

8. Marilyn dibayar hanya 5 dollar untuk kerja pertamanya sebagai model.

9. Gambar popularnya adalah gambar ketika kain skirt terbang ditiup angin.

7fefaba44e1abbd7371fe3e854389490

10. Dia dikenali sebagai pelakon simbol seks.

11. Marilyn berada di bawah siasatan FBI kerana didakwa menjadi penyokong Komunis.

12. Dia meninggal dunia pada usia baru 36 tahun pada 5 Ogos 1962.

13. Punca kematian dikatakan membunuh diri dengan mengambil ubat tidur secara berlebihan.

https://www.youtube.com/watch?v=RMSHrnz4Rko

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori