Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Surat Ahli Majlis Dalam...

TIDAK ada yang pelik dengan tindakan ahli majlis di Iskandar Puteri mengeluarkan surat...

Isu Jerebu: Jokowi Jamin...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Ketua Bencana Nasional Indonesia tempoh selama...

Kes Baharu Turun Lagi...

KUALA LUMPUR - Kes baharu CovidD-19 di seluruh negara setakat 12 tengah hari...

Masyarakat Perlu Didedahkan Cara...

TAWAU - Masyarakat perlu didedahkan dengan cara rawatan awal bantuan penafasan kecemasan (CPR)...

Semua Mayat Telah Dibawa Keluar Dari Lokasi Nahas

SEMENYIH – Kesemua mayat mangsa nahas helikopter di sini semalam, dikeluarkan dari lokasi kejadian pada kira-kira 11.30 malam tadi sebelum terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata proses pencarian barangan peribadi dan mengeluarkan bangkai pesawat, akan diteruskan hari ini.

“Kawasan lokasi akan terus dikawal rapi oleh pasukan keselamatan sehingga semuanya selesai,” katanya kepada pemberita di lokasi nahas di Kampung Sungai Pening di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Samah berkata satu pasukan khas merangkumi Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.


Menurutnya pasukan itu akan menjalankan siasatan terperinci dan rapi dari segenap aspek.

Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias tersenarai sebagai penumpang dalam helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbang, yang terhempas pada kira-kira 4.55 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori