Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bakar Kereta Ferrari Hanya...

Jerman – Hanya kerana mahukan model Ferrari yang lain, seorang lelaki yang juga...

Ketepi Soal Ganjaran Dalam...

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pemain sepak takraw mengetepikan sikap...

Rang Undang-Undang MKN Bikin...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memutar-belitkan kewajaran Rang Undang-Undang Majlis...

Seorang Lagi Ditahan Bantu...

PETALING JAYA : Seorang pembantu kepada pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Seorang Pelajar Maut, Seorang Parah Motosikal Bertembung Kereta

PENAMPANG – Seorang pelajar maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Panglima Banting, berhampiran Taman Prima Simundu, awal pagi tadi.

Pelajar yang terbunuh dikenali sebagai Hezron Albert, 16, penunggang motosikal berkenaan manakala rakannya yang juga pembonceng cedera parah dalam kemalangan itu dikenali sebagai Darol Samson David, juga berumur 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Azmir Abdul Razak berkata dalam kemalangan pukul 1.20 pagi itu, Hezron disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Darol pula dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Azmir dalam kenyataannya di sini berkata siasatan awal polis mendapati Hezron dan rakannya dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Kibabaig selepas bermain futsal namun ketika tiba di tempat kejadian motosikal mereka hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya sebelum terseret ke lorong kanan dan bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Kes berkenaan disiasat di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori