Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Soal Kebajikan Negara Lebih...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kebajikan negara lebih penting...

Video: Inilah Yang Dinamakan...

SEDANGKAN rumah lagi mereka boleh pecah masuk dan kopak, inikan pula 'rezeki' yang...

Tak Cukup Tidur Jaga...

PELAKON Eina Ezman yang baru bergelar ibu kepada sepasang kembar lelaki dan perempuan...

Isu Korea Utara: Jepun...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Jepun memuji cara Kementerian Luar...

Sepasang Kekasih Ditahan Aktif Samun, Ragut & Curi Kenderaan

KOTA BAHARU – Polis menahan sepasang kekasih dipercayai anggota kumpulan ‘Stopa Pohon Seto’ yang aktif menjalankan kegiatan samun, ragut serta curi kenderaan di negeri ini, awal hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian pada 12.20 malam tadi, anggota Cawangan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bertindak menahan sebuah kenderaan yang dinaiki dua suspek berusia 43 dan 28 tahun di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, di sini.

“Ketika ingin menjalankan pemeriksaan, suspek cuba melarikan diri dan bertindak ganas kerana cuba melanggar anggota polis.

“Tindakan berkenaan menyebabkan anggota polis itu melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan yang dinaiki suspek menyebabkan suspek turut melanggar kenderaan pacuan empat roda milik polis sebelum berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata hasil pemeriksaan dalam kenderaan dinaiki suspek itu, pihaknya merampas sebilah pedang, dua botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah, wang tunai sebanyak RM1,000 serta beberapa barangan lain.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.


Mazlan berkata siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam lapan kes samun, ragut serta curi kenderaan di negeri ini. Salah seorang suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau,” katanya.

Mazlan berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba bunuh yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Selain itu, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1vjse0aXpXQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori